Selasa, 27 Mei 2008

Hukum Dhikrullah Dan Kedudukannya

Berdasarkan kepada beberapa ayat al-Qur'an yang memerintahkan orang-orang yang beriman supaya membanyakkan dhikrullah itu apakah hukumnya dhikrullah? Adakah wajib atau sunat, fardhu atau nafilah? Semua ulamak berpendapat hukumnya adalah sunat/nafilah. Bagaimanapun ianya boleh bertukar menjadi wajib musabbab iaitu bagi seorang yang sedar bahawa dirinya akan selamat dari kejahatan zahir dan batin hanya dengan jalan membanyakkan amalan dhikrullah atau terus menerus berdhikrullah, maka wajiblah dhikrullah ke atas orang tersebut.

Wajib musabbab ini adalah termasuk dalam kaedah ilmu usul fiqh yang menyebutkan:
Maksudnya:
"Sesuatu perkara yang menyebabkan sesuatu kewalipan tidak akan dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka perkara tersebut (walaupun asalnya harus atau sunat) adalah wajib juga hukumnya."

Mencari tali dan baldi adalah harus, tetapi pada satu masa dalam satu keadaan tertentu iaitu jika tidak ada kedua-duanya air, tidak dapat diambil kerana perigi dalam. Air tidak ada, wuduk tidak dapat dibuat dan sembahyang juga tidak dapat dilakukan. Maka wajiblah bagi orang tersebut mencari tali dan baldi. Ghaflah/lalai adalah salah satu punca kerosakan hati dan rohani manusia yang tidak mudah untuk menghapuskannya. Orang-orang yang ghaflah (ghafilun) kedudukannya lebih buruk dari binatang ternak. (lihat surah Al-Araf, ayat 179). Maka sesiapa yang sedar ghaflahnya tidak boleh hilang kecuali dengan dhikrullah maka wajiblah ia berdhikrullah.

Walaupun dhikrullah hukumnya sunat/nafilah dan hanya menjadi wajib jika ada sesuatu sebab, namun kedudukan dan peranannya sangat penting. Setengah ulamak tasawwuf melihat kedudukannya dengan menghubungkannya dengan rukun Islam yang lima : Mengucap dua kalimah sahadah, sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, zakat dan menunaikan haji jika berkuasa. Oleh kerana dhikrullah itu ada hubungannya secara langsung dengan dua kalimah syahadah maka ianya sangat penting dan merupakan amalan nafilah/sunat yang paling utama dan paling afdal. Keutamaanya bukan hanya disebabkan ada hubungannya dengan rukun Islam yang pertama, tetapi juga kerana dhikrullah itu dapat menguatkan iman, dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman tauhid hingga sampai ke tingkat hakikat dan marifah, dapat juga memperbaiki sifat dan keadaan 'ubudiyyah kita dan sebagainya lagi. Tegasnya dhikrullah adalah jalan mengenal Allah secara dhawqi.

Apabila Nabi Musa a।s. munajat kepada Allah agar Allah kurniakan satu amalan yang khusus kerana dirinya sebagai nabi dan rasul, maka Allah perintahkan supaya beliau menyebut-yebut لااله الاالله Nabi Musa 'a.s. menyatakan bahawa orang ramai yang beriman telah pun selalu menyebutnya. Allah menegaskan kepada baginda dengan flrmannya yang bermaksud:
"Sekiranya langit dengan segala-isinya, bumi dengan segala isinya dan apa sahaja yang ada di antara langit dan bumi diletakkan di sebelah dacing dan kalimah لااله الاالله itu diletakkan di sebelah yang satu lagi, nescaya لااله الاالله itu lebih berat."

Pengalaman yang diialui oleh Nabi Musa 'a.s. tersebut dialami juga oleh Saidina "Ali. Beliau ragu-ragu bila Rasulullah s.a.w. menyuruhnya supaya sentiasa berdhikrullah jika mahu cepat sampai kepada ma'rifatullah dan keredhaanNya. Lalu beliau berkata:Maksudnya:
"Orang ramai telah berdhikrullah ya Rasulullah maka (ajarkan) aku sesuatu yang khusus."

Rasulullah s.a.w. lantas bersabda:Maksudnya:
"Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah لااله الاالله sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan لااله الاالله itu berada di sebelah yang satu lagi nescaya لااله الاالله itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ini yang menyebut لااله الاالله ."

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidhi dan Ibn Majah, Rasulullah s.'a.w. menegaskan bahawa dhikrullah itu lebih baik dari amalan sedekah dan berperang melawan musuh. Sabda baginda :Maksudnya :
"Sukakah kamu akan beri tahu sebaik-baik amalan kamu dan sebersih-bersihnya di sisi Tuhan kamu, paling tinggi darjat kamu, lebih baik dari mendermakan emas dan perak lebih baik dari kamu menetak leher musuh mereka dan mereka menetak leher kamu? Para sahabat menjawab : Bahkan (kami mahu mendengamya). Baginda bersabda:"Dhikrullah."

1 komentar:

Najib Motivator mengatakan...

Teruskan menulis. Manfaat utk ummat yang kehausan. Terbaik!